Cadangan Aktiviti : Kemahiran Membaca
Petikan 1
Perkara pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan pusat pelancongan dalam dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan pantas. Kerajaan mesti melipatgandakan usaha memperkenalkan Malaysia dengan melancarkan pelbagai program pembangunan pelancongan, jika tidak industri ini akan terus hilang ditelan zaman, sekali gus mengurangkan pendapatan penduduk setempat. Kempen merupakan langkah berkesan dalam usaha memajukan pelancongan agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.
Petikan 2
Seterusnya untuk memajukan pelancongan agar terus berkembang dengan menyediakan kemudahan yang lengkap dan moden. Hal ini demkian kerana, kemudahan yang sempurna akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke destinasi tersebut. Dan apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti mereka akan menghebahkannya kepada rakan-rakan. Dalam hal ini, Kementeriaan Pelancongan haruslah menglengkapkan infrastruktur di negara kita sebagai tarikan kepada para pelancong. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi negara kita melalui pengaliran mata wang asing. usaha menaik taraf destinasi pelancongan ini merangkumi infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri pelancongan negara akan terus berada pada takuk yang sama. Pihak Kementerian Pelancongan perlulah menyediakan infrastruktur agar industri pelancongan di negara kita terus berkembang maju.
Petikan 3
Selain itu, pihak pengurusan ‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu usaha untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing dan pelancong tempatan untuk beraktiviti, sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Sebagai contohnya, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen,sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama.
Petikan 4
Pihak kerajaan haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Secara tidak langsung, pelancong yang berkunjung ke kawasan berkenaan akan mengetahui selok belok kebudayaan masyarakat di situ. Sebagai contohnya, kerajaan boleh menganjurkan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Promosi yang berkesan akan menjayakan lagi kempen kerajaan, iaitu, “cuti-cuti Malaysia”, ‘Tahun Melawat Malaysia” dan "Kenali Malaysia, Cintai Malaysia'. Tegasnya, kerajaan tidak memandang enteng akan hal ini sebaliknya perlu bekerja keras mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan domestik kepada pelancong dalam dan luar negeri untuk menghasilkan pulangan yang lumayan terhadap pembangunan ekonomi negara.