Laman Utama

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

DISEDIAKAN OLEH :


FAIZUL RUZI BIN MOHD FADZIR

D20102044492

PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

KUMPULAN EL M03 (SEMESTER 2)

.

PENSYARAH :

DR. AHMAD ZAMZURI BIN MOHAMAD ALI

.

TAJUK TUGASAN:

TUGASAN PEMBANGUNAN BLOG




Kata-kata aluan

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang dan ruang kepada saya untuk menghasilkan blog pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini berdasarkan tugasan pembangunan blog bagi subjek KRT3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Terima kasih juga diucapkan kepada Pensyarah KRT3013 Kumpulan EL-M03 iaitu Dr Ahmad Zamzuri Bin Mohamad Ali dan tutor, Encik Azhar Bin Abdullah kerana banyak memberi bimbingan dalam penghasilan blog ini Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air masa kini mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik, seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ict dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa dengan baik. Penggunaan teknologi ini memang tidak dapat dinafikan dapat membantu dalam menambahbaik taraf pendidikan di negara ini. Penggunaan teknologi ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak dalam memastikan inovasi ini seiring dengan perkembangan pesat dunia ict di seluruh dunia. Tugas penting ini digalas oleh pihak sekolah khususnya para guru untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia teknologi maklumat yang serba mencabar ini. Perubahan yang ketara ini yang berlaku secara drastik seolah-olah mengajak guru-guru khususnya melakukan inovatif dalam penyampaian pengajaran mereka. Dengan menggabungkan kemahiran sedia ada guru dengan menggabungjalinkan teknologi ict dalam pengajaran dan pembelajaran murid dapat memastikan suasana pembelajaran murid lebih menarik dan berkesan. Setiap pengajaran yang dirancang serta dijalankan perlulah seiring dengan keperluan murid-murid yang sedia terdedah dengan perkembangan teknologi ini. Faktor ini sememangnya memerlukan usaha guru-guru untuk menaik taraf kaedah pengajaran yang lama ketinggalan kepada kaedah pengajaran terkini yang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Sebelum negara kita seratus peratus mencapai matlamat ini, semua rintangan serta permasalahan perlu diatasi bagi memastikan kelancaran proses pengajaran menggunakan blog ini. Diharapkan blog ini dapat dijadikan rujukan utama guru dan murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.