Jenis-jenis Pelancongan di Malaysia

1. Ekopelancongan:

Kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna.


Contoh: Taman Negara Kinabalu, Sabah- Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika dan


lokasi Gunung Kinabalu ; tertinggi di Malaysia


Pusat Reseversi Kuala Gula- pusat migrasi 48 jenis burung dari negara


Siberia, Mongolia, Jepun dan China 



Kuala Gula, Kerian, Perak





2. Agropelancongan

Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan
  Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan; pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti menangkap dan memancing
Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands,

Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah
Pertandingan memancing- Rompin Billfish





3. Inap Desa

       Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep inap desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional .
Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara
Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya